ENDAU-ROMPIN PENCUTIAN MENDAMAIKAN
Salah satu hutan hujan tropika yang terdapat di tanah pamah Malaysia. Berkeluasan 50,000 Hektar dan di anggarkan berumur 250 juta tahun.Terdapat pelbagai jenis tumbuhan flora fauna yang unik yang boleh di temui di hutan Endau rompin sahaja.
Endau Rompin juga mempunyai hidupan liar yang hampir pupus dan masih dijaga di dalam habitat semulajadi binatang tersebut. Malah yang lebih unik Sebilangan badak sumbu di hutan endau rompin ini adalah yang terbesar disumatera.
.
Spesis tempatan ungka tangan atau lebih dikenali mawas ,serangga dan burung yang jarang-jarang di temui di hutan lain terdapat di hutan endau rompin.Selain keindahan itu endau rompin menyajikan banyak air terjun dan denai-denai air kecil yang boleh menyejukkan mata serta badan para pelancong yang mengunjungi hutan endau rompin ini. Ada air terjun berketinggian 120 meter didalam endau ropim yang merupakan kawasan air terjun yang paling cantik yang dinamakan AIR TERJUN BUAYA SANGKUT.
PEMINAT PERKHEMAH
Ingin jauh dari kesibukan kota serta mencari suasana tenang dan aman Amatlah sesuai berkungjung ke taman endau rompin ini.
Malah pada yang sukakan aktiviti berkhemah hutan endau rompin menyediakan empat jenis tapak perkhemah yang mampu menampung kira-kira 300 orang pada satu-satu masa . Antara tapak perkhemahan di Kuala Jasin ,Batu Hampar ,Upeh dan Kuala Marong.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa berkhemah
*Blue Lagoon untuk bermandi manda
*Air terjun Buaya Sangkut
*Air terjun Upeh Guling
*Mengenali flora fauna yang terdapat di hutan ini
*BBQ
*Berkayak
*Night Walk
*Jungle Trekking
Memasuki kawasan taman endau rompin ini ,para pengunjung memerlukan permit khas yang di keluarkan oleh JOHOR NATIONAL PARK CORPORATION bagi melindungi persekitaran dan menjaga alam flora dan fauna yang terdapat di taman ini.
Nota : Taman Negara Endau Rompin di tutup semasa musim hujan November sehingga Mac
Memancing TIDAK DIBENARKAN Semasa musim bertelur September sehingga Oktober.
Comments
Post a Comment